Friday, June 8, 2012

Mari mari tuan dengar ini cerita

Baca sambil menyanyi lagu Anita Sarawak – Dengar ini cerita
Versi aku


Mari tuan puan dengar ini cerita
Cerita yang buat sedih si penglipur lara
Aku tibai puisi sajak tak tahu nak reka
Tapi ini cerita sebenar nama saja ditukar

Aku pernah bersama lelaki nama Tuah
Jodoh tak lama jadi kami berpisah
Ini cerita lama tak contact empat tahun sudah
Tapi semalam terjadi sebuah kisah

Tuah kini bersama seorang gadis melayu
Dah lah baik gila wajahnya pun ayu
Berapa tahun mereka couple aku tak tahu
Yang pasti aku tengok bahagia selalu

Jasmin nama gadis ayu yang diberi
Tuah dah niat nak tunang nikah buat isteri
Tapi ada satu rahsia dalam hati
Aku orang yang Tuah tak lupa lagi

Semalam malam kisah tragis ini berlaku
Handphone vibrate nama Tuah di screen aku
Soalan innocent mula ditanya bertalu-talu
Tibe-tibe jadi drama melayu

Janji enam tahun lepas diungkit semula
Katanya aku dipinang pada umur dua puluh tiga
Chewing gum dimakan tercekik sambil menjerit bertanya
: Kau lupa ke kau ada girlfriend hah si gila??

Tuah selamba jawab ‘ala bukan dia tahu pong..’
Aku marah maki rasa panas kat punggung
: Jantan celaka soal kahwin jangan buat mainlah bengong!
Dia ketawa sinis berkata ‘Alaa janganlah tersinggung.’

Ini kali ketiga Tuah mula jadi mental
Aku tak puas hati rasa kena bagitahu this girl
Nasib baik Jasmin dan aku kawan baik dekat fesbuk
Bila dengar cerita Jasmin jatuh terjelepuk

Jasmin approach Tuah guna iPhone telefon bijak
Tuah nafi habisan buat aku rasa nak pijak
Bila aku approach dia tak reti nak reply pulak
Memang ada yang mintak penyepak

Setia Tuah tak langsung buat aku rasa terharu
Serba salah pada Jasmin buat aku makin bercelaru
Hati perempuan aku marah dan sedih aku mengaku
Memujuk Jasmin yang sedang menangis mengadu

Aku kesian Jasmin jadi mangsa keadaan
Kalau boleh aku memang taknak dilibatkan
Tuah he’s a JERK memang dasar jantan
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Menangis Jasmin tak sangka ini terjadi
Dah lah final sem amek jurusan ekonomi
Cerita ini sebenarnya tak habis lagi
Tapi tak cukup nak tulis dalam satu entri

Perhatian untuk perempuan luar sana
Sure ke anda laki anda penyayang gila
Kalau dapat lelaki yang masih sayang awek lama
Kesian korang mesti sakit jiwa

Nasihat aku kepada para wanita semua
Bertahun tahun cinta pada dia takde makna
Satu hari dia mesti buat kita terluka
Lagi bagus jaga diri ingat yang Esa

Entri kali ini memang panjang nak mati
Sebab hati panas bikin aku emosi
Buat aku risau dengan perangai lelaki
Harap kau tak buat aku camni.


12 comments:

Oh Y said...

sedang terjadi. T.T

Miss Euphoric said...

Is it? Terjadi pada kamu?

Oh Y said...

ye. Kejam. Dia carik hati aku lalu dicampak ke sungai klang. Aku sedang kehilangan hati waktu ini.

siti_naqiah said...

ohhmyy..jantan tak guna, jantan guna *versi adlin dlm maharaja lwak mega :D

Miss Euphoric said...

Hati baru boleh dicari. Tapi kau sendiri kena willing. Kalau tak, masuk sungai klang tu cari balik.

Miss Euphoric said...

Nasib baik ada youtube. Hehe. Usaha mencari. Okayyy, kelakar ! Hehehehe. Betul tuuuu.

siti_naqiah said...

haha, naseb baek jugak, state ayat penuh pasal adlin tu *tetibe kite bual lari tajuk kann :D

ƨтσяʏ мσяʏ αℓʏαн said...

http://alyahloveteddybeartomel.blogspot.com/2012/06/first-giveaway-by-alia.html

Miss Euphoric said...

tolong lah jangan spam.

Miss Euphoric said...

Hehehe. Actually dia tak gatal, mungkin confuse kot.

magic said...

magic mcm pnh dgr citer ni..kisah bnr ni...baru lg..hehehe..

Miss Euphoric said...

Kisah ni baru jadi. Blog aku ni, semua kisah sekeliling aku. Gaya persembahan je berbeza. Hehe. Tapi ni, memang baru.