Thursday, June 21, 2012

Besi penyekat imaginasi

Yeayyy ! Aku diterima bekerja part time di sebuah sekolah menengah kebangsaan berdekatan dengan rumah sewa aku. Aku tak sangka dengan hanya sijil diploma cetak rompak, aku diterima dengan mudahnya. Aku jangka doa yang berlebihan dan jampi yang diberi telah memberikan rezeki ini kepadaku.

Berbekalkan ilmu yang penuh di dada dan nagged yang aku masak pagi tadi, aku menuju ke sekolah itu dengan hanya berjalan kaki. Baju kurung biru laut dan tudung litup biru tua yang aku pakai dihembus lembut oleh bayu pagi. Oksigen yang bercampur baur dengan karbon monoksida di sedut dalam dalam.

Setibanya di sekolah, aku berdiri di dataran perhimpunan. Ramai pelajar sedang duduk bersepah di dataran menunggu bunyi loceng. Aku duduk di kerusi yang disediakan untuk para guru.

Kring !

Pelajar mula beratur di dataran perhimpunan. Aku terkejut. Pelajar yang aku akan mengajar bukan hiuman. Mereka terdiri daripada robot, toyol, alien dan *dibisik oleh guru sebelah aku* Artifisial Inteligen. Aku terkesima, bukan kerana tak tahu apa itu AI, tapi kerana guru sebelah aku merupakan seorang robot pondan.

Selepas habis lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu sekolah, bacaan ikrar, ucapan guru besar, ucapan guru disiplin, ucapan panitia matematik dan ucapan ketua pengawas, pelajar semua diminta beratur berjalan ke kelas mengikut urutan.

Mengikut resume palsu, aku akan mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah ini. Aku mula menyediakan bahan pengajaran aku dengan menggunakan Google Translate.


Period pertama


Pelajar artifisial inteligen berdiri dan menjerit selamat pagi cikgu kepadaku. Aku mengangguk. Kemudian tanpa menunggu arahan dariku, mereka membuka buku sendiri dan belajar. Bagai image 3D, aku dapat melihat kepulan kepulan ilmu disedut dari buku kedalam otak mereka. Dalam kagum, aku terasa freak nya mereka. Bila aku bertanya mengapakah mereka dengan mudahnya menerima ilmu, jawapan yang ringkas keluar.

“Kami belajar kerana ilmu kerana kami bakal doktor, peguam, arkitek, akauntan dan jurutera. Kami perlu tahu pelbagai perkara, bijak menganalisa dan mencapai konklusi yang mantap.”


Period kedua


Pelajar robot yang terdiri dari pelbagai rekabentuk. Mereka menunggu arahan dariku. Aku menyuruh mereka membaca komsas tingkatan 3, walaupun mereka baru sahaja di tingkatan dua. Dengan muka yang berkerut *dimana aku agak pelik kerana mereka besi*, mereka usahakan mencari buku itu dan membaca tanpa banyak soal. Aku bertanya kepada mereka tentang penerimaan mereka dalam pengajian. Jawapan yang monoton keluar serentak dari kepingan bibir mereka.

“Belajar kerana exam oriented. Lepas exam anti kami lupa. Hehe. Kami bakal pemakan gaji. Setiausaha, kerani, resepsi dan senang kisah adalah kami pekerja di tempat berhawa dingin dari sembilan hingga lima.”


Period ketiga


Kelas alien yang aku tengok meriah sahaja. Penuh dengan gurau senda dan pelbagai anatomi alien ini semuanya berbeda. Sangat menakotkan sehingga menimbulkan rasa curious. Bagaimanakah ibu bapa mereka menghasilkan mereka. Apabila aku masuk dan ingin mengajar, salah seorang mereka katakan ayat yang buat aku berfikir lama.

“Buat apa belajar cikgu. Lebih baik kita enjoy life. Hidup hanya sekali. YOLO! Lagipun, kalau semua nak berjaya, siapa nak jadi tukang sapu, bus driver, penjual donut, barista dan orang gaji. Kita semua memainkan elemen yang penting”


Period keempat


Toyol. Berekor-ekor toyol berlari berkeliaran didalam kelas yang aku masuki. Masyaallah! Bogel semuanya. Dalam malu aku ingin mengajar, aku mengumpul kekuatan untuk tidak melihat celahan kangkang mereka. Tetapi, tertengok juga. Tiada apa apa. Kosong. Aku mula menulis di papan putih dan mereka menyalin dengan lajunya. Aku pelik dengan sikap ini lalu bertanya mengapa.

“Senang kami toyol nak bawak toyol masuk periksa. Kikiki. Kami biasa macam ini. Sebab ramai senior kami yang buat perkara yang sama, akhirnya menjadi bisnesman yang terkemuka, CEO kampeni yang mantap. Kami juga mempunyai cita cita yang sama.”


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini sudah enam bulan aku mengajar di sekolah menengah ini. Tanpa aku sedari, aku terlepas pandang sebuah kelas yang terceruk disisi. Aku menghala ke kelas tersebut. Warna warni penuh imaginasi. Penghuni kelas pula terdiri dari artifisial inteligen, robot, alien dan toyol. Tetapi badan mereka separa hiuman. Pelik mengapa mereka semua sekelas sedangkan yang lain di bahagi sama adil.

“Kami ini para rebel cikgu. Kami belajar mengikut minat mengikut hati. Kami pejuang seni tanpa peduli apa orang lain katakan.

Buat apa jadi doktor jika life balance tiada.
Buat apa jadi kerani jika hidup mundane sahaja.
Buat apa jadi barista jika hanya melihat orang menulis tanpa kata.
Buat apa jadi bisnesman jika minat tiada.

Kami pejuang seni cikgu. Sebab tu kami duduk tepi. Menjadi pemerhati. Menjadi si gila penuh imaginasi.”

Aku datang enam bulan lepas sebagai orang lain, dan kini aku menjadi orang lain. Dalam tak sedar, separa badanku kini sudah menjadi besi. Besi penyekat imaginasi.




No comments: