Friday, May 25, 2012

Aku takde idea




Aku terjaga dari tidur, seharian aku terkurung dirumah ini. Lokasi tidak diketahui, tapi melalui rekahan dinding yang diperbuat dari kayu dimakan dek anai-anai, aku dapat mengenalpasti rumah ini terletak didalam kawasan kelapa sawit. Kelapa sawit everywhere.

Aku dibiarkan bebas, tidak diikat. Namun pergerakan aku tersekat. Aku tiada duit tiada tenaga tiada sebarang pertolongan. Tolong. Tolong! Aku penat menjerit. Tiada yang mendengar. Bagaimana aku dikurung, aku sendiri tak pasti.

Aku ingin keluar. Ingin melihat dunia yang hanya aku boleh lihat melalui rekahan yang kecil itu. aku dapat bergerak didalam rumah ini, tetapi aku tidak boleh keluar. Aku cube mencari jalan keluar, mencari ruang yang mungkin boleh di kopak. Tiada.

Datang satu lembaga yang hanya aku nampak melalui rekahan tadi. Dia berbisik, aku boleh bagi kau keluar dengan syarat kau kena berkhidmat dengan aku setiap hari. Dia tidak menyatakan khidmat apa, tetapi kerana terdesak untuk keluar, aku setuju membabi buta.

Dia melepaskan aku, dan meletakkan aku di satu tempat yang tidak berapa asing bagiku. Taman permainanku. Namun entah bagaimana, aku masih berasa terkurung. Seperti aku tidak berkembang. Aku penat, lelah dan tibe tibe aku pengsan.



………………………..



Sudah tiga jam penulis itu menghadap laptopnya. Tiada satu idea pun keluar. Satu satu mati dalam minda. Shit, aku kena rajin keluar lepas ni. Fikirnya.


2 comments:

a n said...

aku pikir kau sudah teperangkap dengan satu perjanjian yang kau sendiri inginkan.

bebaskan.

Shafa Eman said...

Pandai kau interpret. Tapi aku tak ingin nak bebaskan. Aku suka, cuma kurang idea.