Wednesday, April 18, 2012

Raksasa hijau berkeliaran depan Nando's

Tadi aku makan kat Nando’s dan semasa melahap ayam aku melihat diluar restoran itu. Manusia sedang berjalan, anjing berlarian, kereta bertaburan. Tibe-tibe aku ternampak ada seekor raksasa hijau sedang berkeliaran seekor diri.

Aku nampak dia mengekori sepasang kapel. Dia membisikkan sesuatu pada si awek. Secara tibe-tibe si awek itu memarahi si pakwe. Terkedu, terkejut si pakwe. Dan mereka bergaduh sehingga hujung jalan. Kemudian, raksasa hijau itu pergi ke sebuah kereta kancil. Dia membisikkan sesuatu pada tuan punya kereta kancil. Lantas kereta kancil melanggar kereta merz dihadapannya.

Melilau lagi raksasa hijau mencari mangsa. Kali ini dia pergi ke segerombolan budak sekolah. Bisik sesuatu di salah seorang budak. Budak itu terus merampas beg rakannya dan mengeluarkan buku sekolah lantas mengoyakkannya. Bersorak gembira raksasa itu. Kemudian beliau memandang aku.

Dia mula mengatur langkah. Menuju ke arahku. Aku ingin lari namun ayam aku tak habis lagi. Disebabkan aku taknak jadi kawan setan suka membazir, aku memberanikan diri. Raksasa itu kini menarik kerusi dan duduk didepanku. Dia memberi salam. Aku tak menjawab. Takot dia bukan Islam.

Dia mengatakan bahawa dia sedar aku memerhatikan dia. Dan dia berkata aku adalah hiuman yang istimewa kerana menyedari kehadirannya. Aku bertanya, apakah yang dibisikkan olehnya sehingga hiuman hiuman tadi berkelakuan begitu. Dia berkata dia hanya bertanya pada hiuman itu, adakah hasad dengki cemburu melebihi segalanya. Dan dengan sendirinya hiuman itu akan bertindak diluar jangkaan.

Aku mengangguk. Kemudian raksasa itu bangun dan sebelum beliau mengundur diri, beliau berkata kepadaku. Lepas ni, aku nak pergi parlimen. Malam ni, jangan lupa tengok TV3.


No comments: