Tuesday, April 17, 2012

Alien dan aku

Aku suka alien. Alien itu namanya Optimus Prime dan kami mempunyai satu persamaan. Kami sukakan masing-masing. Kasihkan masing-masing.

Aku kenal Optimus dekat Toisasas IOI Mall Puchong. Dulu aku kerja part time kat sana dan aku selalu spelet kerja lepak kat Toisasas. Hari-hari aku lepak Toisasas tapi aku tak pandang pun si Optimus ni. Jual mahal. Aku pun tak tengok Bebi Dol. Macam pondan. Aku tengok figura aksi Predator.

Tapi aku suka Optimus. Walaupun jual mahal. Sedar tak sedar rupanya Optimus dah lama perhati aku. Satu hari di kala pukul 3 hari rabu pabila tiada manusia disekeliling, aku menegur Optimus. Aku bertanya samada dia tak bosan ke duduk di tempat yang sama sahaja. Tiba-tiba dia turun dari rak dan mengedjas ketinggian dia.

Dia mengeluarkan sebilah pisau belati dan menoreh dadaku. Aku melihat sahaja tindakannya. Dia mengambil hatiku, belah separuh dan masukkan kembali separuh lagi. Kemudian dia mengeluarkan spark cube dari dadanya dan masukkan kedalam dadaku. Dia menggunakan jari yang besar dan sasa menjahit kembali dadaku dengan lembut.

Usai menjahit, dia berkata dia akan sentiasa buat aku senyum. Dan aku hanya akan fikir tentang dia. Tak sempat aku berkata apa-apa, Optimus menjadi mainan semula. Keesokan harinya, aku datang ke Toisasas lagi. Hari-hari aku bermain dengan Optimus. Berbual, bergelak tawa. Walaupun aku banyak cakap dan dia lebih senyap, aku bahagia. Memang sah gila.

Dua minggu kemudian, aku harus pulang ke UiTM Segamat. Untuk sambung belajar. Aku pergi ke Toisasas untuk mengucapkan selamat tinggal. Mungkin untuk selamanya. Aku juga ingin mengatakan bahawa Optimus berjaya untuk membuatku bahagia walaupun seketika.

Namun, dia tidak memandangku. Malah mengelak apabila aku cuba membawanya turun dari rak yang tinggi itu. Dan aku tersentap apabila dia berkata ‘Kau dan aku tak mungkin bersama. Kerana kau manusia biasa sedangkan aku robot datang dari luar angkasa’. Mengalir air mataku mendengar kalimah itu.

Tak mengapa Optimus, hatiku masih lagi bersamamu. Kataku didalam hati sambil melangkah pergi. Spark cube kau terang didalam dadaku.


No comments: