Tuesday, March 20, 2012

Cikgu sekolah

Entri kali ini khas aku tujukan untuk semua yang pernah dididik oleh cikgu, yang mendidik sebagai seorang cikgu, pernah bodek cikgu, pernah kena rotan dengan cikgu, yang bakal jadi cikgu, yang sayang cikgu, yang benci cikgu dan yang paling utama, CIKGU-CIKGU ku.

Aku ada macam-macam jenis cikgu. Ada yang garang gila baby. Ada yang baik sanggup bagi tidur dalam kelas. Ada yang sporting tolong kenenkan dengan abang senior form five. Ada yang suka buat lawak sampai pecah pundi kencing kita gelak. Ada yang pemurah selalu bagi gula-gula 5 sen sorang. Ada yang memanjang bawak rotan tapi tak pernah guna. Rindu.


 
Aku ingat lagi aku dan besfren aku kena baling duster sebab tergelak-gelak kat belakang. Apa yang kitorang gelak pun ntah. Yang aku ingat, English teacher aku kata ‘I’m not making any jokes here.’

Aku ingat lagi cikgu kimia aku yang suka merajuk sebab kitorang nakal. Kadang dia pegang marker lepas tu usik-usik hidung dia sampai ada misai. Teruk kitorang bantai gelak. Merajuk lagi.

Aku ingat lagi aku buat bising kat dalam kelas sampai cikgu add math aku menangis tak tahan terus keluar kelas. Aku kejar tapi dia buat bodoh je. Aku patah balik sebab nampak cikgu disiplin.

Aku ingat lagi ustazah aku marah sebab kitorang tukar baju untuk pendidikan jasmani dalam stor kelas. Dia kata kitorang buat parti liar dalam stor. Padahal kitorang buat lawak je.

Aku ingat lagi cikgu pendidikan jasmani baling bola kat kitorang sebab walaupun dah tukar baju, kitorang duduk kat tepi taknak main bola jaring sebab kasut baru kapur.


 
Aku ingat lagi cikgu bahasa melayu aku suruh kitorang buat ketuk ketampi 200 kali sebab kitorang main passing-passing rumusan buku sastera. Tak pergi rehat sebab tak tahan terketar-ketar kaki turun tangga.

Aku ingat lagi masa kelas sejarah cikgu baru bangun tidur mamai-mamai ajar kitorang then puas kitorang gelakkan kemamaian dia. Terus tersedar dia kena simbah air dengan pengetua.

Aku ingat lagi cikgu merangkap kaunselor yang suka buat kami budak Pembimbing Rakan Sebaya stress walaupun hanya kerja gunting kad manila. Tapi still lepak bilik kaunseling sebab nak ponteng kelas.

Memang benda-benda ni tak seronok masa sekolah dulu. Yelah, siapa suka kena marah kena rotan kena baling duster kena denda kena sepak terajang. Aku yakin korang semua mesti ada kisah macam aku jugak. Tak kira lah seronok ke perit ke pedih ke kelakar ke. Kan? Lepas tu, dah buat jahat, masa hari guru mula lah mintak maaf bagi hadiah. Tapi benda-benda ni yang buat kita ingat dan rindu kat cikgu-cikgu kita.


 
Cikgu tak layak disamakan dengan pepatah “bagai lilin membakar diri untuk menerangi orang lain” sebab bagi aku cikgu lebih dari lilin. Mereka adalah matahari. Jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan

TERIMA KASIH CIKGU.

Kerana anda semua, aku kini sudah berjaya.

No comments: