Thursday, February 23, 2012

Aku sebatang pensel

Aku sebatang pensel. Nama aku pensel 2B. Aku dilahirkan di sebuah kilang di persiaran Puchong Jaya. Adik beradik aku ramai sekali. Ini kerana ibu ku terlalu subur, sampai satu hari ibu ku boleh melahirkan berpuluh-puluh ribu anak. Aku kagum dengan ibu ku, dan pernah juga terfikir macam mana dia larat nak meneran sepanjang hari tanpa berhenti. Makan minum pun takde. Kasihan.

Aku dan adik beradikku di masukkan di dalam kotak kecil dan kemudiannya dimasukkan di dalam kotak besar dan kemudiannya dimasukkan di dalam kotak yang lebih besar dan kemudiannya dimasukkan ke dalam lori kontena yang membuatku rasa seperti inception.

Aku dihantar ke Popular di IOI Mall Puchong kerana tuan ibu ku merasakan kos perjalanan ke sana murah kerana dekat. Lalu aku di keluarkan dari lori kontena dan dikeluarkan dari kotak lebih besar dan dikeluarkan dari kotak besar namun tidak dikeluarkan dari kotak kecil dan disusun di atas rak.

Pada 8 Januari 2012, seorang budak datang dan membelek-belek kotak kecil yang mengandungi aku dan terus menjerit-jerit kepada kakaknya dan menyuruh kakaknya belanja. Oleh kerana kakaknya mempunyai baucer buku 1Malaysia yang di isukan oleh Najib, kakak dia pun bermurah hati belanja. Padahal free.

Si adik pun melompat-lompat gembira sambil memegangku di tangannya. Akibat dari gegaran yang melanda, kepala aku menjadi pening dan telinga aku berdengung kerana bingit dengan jeritan kesukaan budak itu. Namun aku redha, tanpa bersuara aku membiarkan sahaja abang kaunter itu meng’scan’ badan ku.

Balik rumah sahaja, aku dikeluarkan dari kotak kecil. Akhirnya, aku terasa bebas dan aku mengeliat sedikit untuk mengurangkan kematu di buntut ku. Aku melihat kiri kanan, ternyata budak ini mempunyai banyak alat tulis yang mahal-mahal. Semuanya dijaga rapi. Lantas aku terfikir bahawa aku bangga mempunyai tuan sebegini. Aku ingin masuk ke dalam pensel box Ben 10 yang siap matching dengan bag sekolah Ben 10 juga.

Tiba-tiba aku dihalakan ke lantai. Aku di dirikan dengan stabil dan kemudian hidungku yang mancung dicocok ke selapis plastic berwarna oren. Pilu hatiku. Rupanya tuan aku hanya ingin menjadikan aku tiang track kereta Hot Wheelsnya. Mentang-mentang anak orang kaya. Dan mentang-mentang kakak dia beli aku free.



4 comments:

Anonymous said...

hahaahhaa... feeling lak aku bace..
ksian kau..
takpe, jgn risau..
skrg kau jd tiang, kau kne bukak minda.
kawan la dgn hotwheel.. :P

TiaEuphoria said...

terasa macam pensel ni pun ada bila aku kat office. cm function tak sesuai je. haha.

Anonymous said...

hahaa.. aku penah rase jua. :D
takpelah. kite pensel ade degree pe. :P

TiaEuphoria said...

hahhaa. kesian pensel tu tahu tak